Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gengsterisme Di Sekolah 7 Samseng Kecil Kecil Cili Padi Ditahan Di Johor

Diterbitkan: 19 Jul 2017 5.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 19 Julai 2017 - Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terbabit seorang rakan sekolah mereka di depan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gengsterisme-di-sekolah-7-samseng-kecil-kecil-cili-padi-ditahan-di-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:22 MYT

Johor Bahru, 19 Julai 2017 - Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terbabit seorang rakan sekolah mereka di depan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin lalu.

Penahanan semua suspek berusia antara 14 dan 16 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi selepas orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata kejadian pada jam 5.20 petang itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melaporkan suspek dan beberapa rakan memanjat pagar sekolah untuk ponteng, kepada guru sekolah.

Berikutan rasa tidak berpuas hati, suspek dan rakannya mencederakan mangsa dengan menendang, memijak dan menumbuk muka serta badannya sehingga mangsa cedera pada kepala, lebam pada muka dan bahagian belakang serta luka tangan.

Katanya, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya diselamatkan orang awam yang ternampak kejadian itu, sebelum memaklumkannya kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Semua suspek direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Siasatan terperinci dijalankan kerana polis tidak memberi ruang kepada kemasukan elemen gangsterisme menular ke dalam sekolah, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, beliau mengesahkan lima individu termasuk seorang perempuan turut diberkas kerana memukul seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang enggan menyertai kumpulan kongsi gelap, pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata empat daripada suspek ditahan polis Johor pada awal pagi semalam (18 Julai) manakala seorang lagi ditahan dengan bantuan polis Melaka hari yang sama.

"Semua yang ditahan berumur antara 15 dan 19 tahun dengan tiga daripadanya direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun sama yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, " katanya.

Sumber: Berita Harian Online

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2017 5.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM