Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Vani Tumpas Tujuh Diberkas

Published: 19 Jun 2014 1.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Dua wanita antara tujuh yang ditahan dipercayai kumpulan samun dikenali sebagai 'Geng Vani' dalam beberapa siri serbuan sekitar Klang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-vani-tumpas-tujuh-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:38 MYT

Dua wanita antara tujuh yang ditahan dipercayai kumpulan samun dikenali sebagai ‘Geng Vani’ dalam beberapa siri serbuan sekitar Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek ditahan ekoran daripada pihaknya melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Pelabuhan Klang dan mereka terserempak dengan tiga suspek yang menaiki kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas dan pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan telah menemui beberapa peralatan samun antaranya topeng muka, parang serta nombor pendaftaran kenderaan palsu", katanya lagi.

Siasatan dijalankan mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata dan kesemua suspek direman sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan.

Geng Vani Tumpas Tujuh Diberkas
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM