Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Tikus Masuk Perangkap

Published: 17 Jun 2014 12.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kelicikan kumpulan penyamun dan pecah rumah bergelar Geng Tikus mendalangi 35 kes jenayah sejak setahun lalu, berakhir apabila lima ahlinya ditahan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-tikus-masuk-perangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:06 MYT
GENG TIKUS’ MASUK PERANGKAP : Kelicikan kumpulan penyamun dan pecah rumah bergelar Geng Tikus mendalangi 35 kes jenayah sejak setahun lalu, berakhir apabila lima ahlinya ditahan. 

Polis merampas pelbagai barangan termasuk perakam audio, set pembesar suara, televisyen, komputer riba, biola, gitar dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan, termasuk kenderaan yang dirampas berjumlah RM350,000.

P
olis turut merampas alat yang digunakan untuk melakukan kegiatan samun dan pecah rumah seperti pemotong besi, besi kuku kambing, kunci berbentuk T yang diubah suai hujungnya, pemutar skru dan sebilah parang daripada kumpulan terbabit dalam dua serbuan berasingan pada 1 Mei lalu. 

Dengan tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 35 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah Johor Bahru. Kes disiasat mengikut Seksyen 395, Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Geng Tikus Masuk Perangkap


Sumber : Berita Harian
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM