Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Sentosa Tumpas 13 Kes Ragut Selesai

Diterbitkan: 24 Sep 2015 12.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sibu, 24 Sept – Kumpulan ragut 'Geng Sentosa' di bandar ini tumpas apabila tiga anggotanya diberkas baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-sentosa-tumpas-13-kes-ragut-selesai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:39 MYT

Sibu, 24 Sept – Kumpulan ragut 'Geng Sentosa' di bandar ini tumpas apabila tiga anggotanya diberkas baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dengan 13 kes ragut di sekitar Bandar Sibu dan mereka berusia antara 20-31 tahun.

“Pihak polis sedang memburu seorang lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas”, katanya.

Beliau berkata kumpulan tersebut menunggang dua buah motosikal dan mencari mangsa yang terdiri daripada golongan wanita dan warga emas.

ACP Mohd Kamal berkata ketiga-tiga suspek tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

- Benama

ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2015 12.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM