Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Pecah Rumah Warga Asing Tumbang

Published: 17 Jun 2014 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kesemua suspek terdiri daripada dua warga Peru dan seorang warga Colombia berusia 42 hingga 57 tahun itu diberkas pada pukul 8.10 malam hasil tindakan pasukan polis yang menjejaki mereka selepas menda..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-pecah-rumah-warga-asing-tumbang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:01 MYT

Tiga warga asing bergelar Geng Latin Tua yang dipercayai terlibat melakukan enam kes pecah masuk rumah mewah di sekitar Shah Alam sejak awal tahun ini diberkas dalam serbuan di dua buah rumah apartment di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Jumaat lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada dua warga Peru dan seorang warga Colombia berusia 42 hingga 57 tahun itu dib
erkas pada pukul 8.10 malam hasil tindakan pasukan polis yang menjejaki mereka selepas mendapat maklumat serta melakukan risikan.

Bersama suspek, polis menemui semula barangan curi antaranya komputer riba, kamera, jam tangan, kamus elektronik, telefon bimbit, beg tangan wanita berjenama, cermin mata dan pemain cakera padat digital vang bernilai kira-kira RM100,000.00. Selain itu, turut dirampas peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, pemutar skru dan sepana turut dijumpai bersama nombor pendaftaran kenderaan disyaki palsu.


Ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: Akhbar Kosmo

Geng Pecah Rumah Warga Asing Tumbang

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM