Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Pecah Rumah Dan Samun Di Sekitar Ipoh Ditahan

Published: 18 Jun 2014 7.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Ipoh, 3 Jan - Polis menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan samun di sekitar Ipoh berikutan penangkapan dua lelaki di Jalan Pengkalan Barat 18, Taman Shatin di sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-pecah-rumah-dan-samun-di-sekitar-ipoh-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:30 MYT

Ipoh, 3 Jan - Polis menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan samun di sekitar Ipoh berikutan penangkapan dua lelaki di Jalan Pengkalan Barat 18, Taman Shatin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata suspek masing-masing berumur 31 dan 48 tahun dari Pasir Puteh di sini ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan itu pada 3.25 pagi.

Beliau berkata Unit Rondaan Bermotosikal Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat dan mendapati dua lelaki sedang mengumpil pintu rumah yang mempunyai penghuni.

"Terkejut dengan kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap," katanya kepada pemberita di Balai Polis Bercham di sini hari ini.

Dalam kejadian itu polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha milik seorang daripada suspek, kunci motosikal, pemutar skru serta spanar pembuka tayar, katanya.

Beliau berkata suspek berumur 31 tahun mempunyai enam rekod lampau termasuk kes berkaitan dadah dan dikehendaki polis bersangkut kejadian samun di Bercham tahun lepas manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu bergerak aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun sejak enam bulan lepas. Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM