Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Pak Rasid Menyamun Dan Mencuri Motosikal Tumpas

Published: 19 Jun 2014 1.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Melaka, 14 Feb - Sebanyak 10 anggota Geng Pak Rasid yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan mencuri motosikal di sekitar Melaka Tengah sejak..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-pak-rasid-menyamun-dan-mencuri-motosikal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:02 MYT

Melaka, 14 Feb - Sebanyak 10 anggota Geng Pak Rasid yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan mencuri motosikal di sekitar Melaka Tengah sejak awal tahun ini ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di lima lokasi berasingan dalam operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah selama 14 jam bermula 6 pagi.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun sebaik mereka keluar dari sebuah restoran di Taman Melaka Raya kira-kira pukul 6 pagi dan mahu menaiki motosikal.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua motosikal tersebut merupakan motosikal curi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah hari ini. Susulan penahanan itu, polis memberkas pula seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai ketua geng terbabit di sebuah rumah di Kota Laksamana kira-kira pukul 7 pagi.

Salehhudin berkata siasatan awal mendapati ketua geng itu yang dikenali sebagai Rasid mempunyai empat rekod jenayah lampau masing-masing melibatkan dua kes samun dan kes dadah.

Beliau berkata ia disusuli tangkapan ketiga melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun bersama beberapa barang rampasan termasuk dua pucuk pistol palsu di sebuah bilik hotel bajet di kawasan sama pada tengah hari.

Katanya tangkapan ke empat pula melibatkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 20 dan 24 tahun yang turut memiliki sebilah pedang panjang berukuran 27 sentimeter di sebuah hotel bajet di Ujong Pasir pada 3 petang.

"Tangkapan terakhir pula melibatkan dua wanita dan dua lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun di sebuah rumah teres di Bukit Katil kira-kira pukul 4 petang," katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan polis turut berjaya merampas lapan motosial curi, enam beg tangan pelbagai jenama dipercayai milik mangsa ragut, sebuah komputer riba dan seutas jam tangan di lokasi penahanan kesemua suspek.

Salehhudin berkata siasatan lanjut mendapati geng terbabit dipercayai terlibat dalam lapan kes curi motosikal dan 12 kes samun bermula awal tahun ini selain positif dadah jenis methamphetamine.

Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM