Sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan Kulim, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah berjaya diselesaikan berikutan penangkapan 2 wanita dan 5 lelaki oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kulim. Kumpulan yang dikenali sebagai "Geng Man Toliap" melakukan pecah rumah dengan mengumpil tingkap cermin atau masuk melalui bumbung rumah.
Pihak Polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan barang curi termasuk pemotong besi, jet pembuka tayer, gergaji besi, wang kertas, telefon bimbit, DVD player, komputer riba, jam tangan, kamera, cincin emas dan perak serta resit jualan emas.

YDH Supt. Hj Ghuzlan bin Hj. Saleh, Ketua Polis Daerah Kulim(dua dari kiri) memberikan penerangan kes "Man Toliap" kepada para wartawan.

Barang kes motorsikal yang dijumpai.

ASP Tharmalingam(KBSJD Kulim), DSP Chin Su Song(T/KPD Kulim), Supt. Hj. Ghuzlan b. Hj. Saleh(KPD Kulim) dan Insp. Nor Faizal(IO Jenayah)

Peralatan barang kes.