Artikel
Geng Man Rebok Ditangakap
Kumpulan mencuri motosikal yang diberi nama 'Geng Man Rebok' dipercayai dapat ditumpaskan dengan tertangkapnya 12 lelaki termasuk dua pelajar di sekitar daerah...
IPOH,
8 Sept 2010 (Bernama) -- Kumpulan mencuri motosikal yang diberi nama
"Geng Man Rebok" dipercayai dapat ditumpaskan dengan tertangkapnya 12
lelaki termasuk dua pelajar di sekitar daerah Kerian sejak bulan lalu.
Mereka berumur antara 16 hingga 23 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bagan Serai dan Parit Buntar.
Polis turut merampas enam buah motosikal jenis Yamaha yang keseluruhan bernilai kira-kira RM30,000 yang dipercayai baru dicuri serta rangka motosikal daripada anggota sindiket tersebut.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Fauzi Nayan berkata tangkapan pertama dibuat pada 24 Ogos lalu ke atas dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun.
Ekoran tangkapan tersebut, polis menahan pula 10 lagi rakan mereka termasuk dua pelajar berusia 16 hingga 21 tahun Khamis lepas, katanya.
Beliau berkata kumpulan ini memulakan operasi sejak lima bulan lalu dengan bertumpu di kawasan Taiping, Bagan Serai dan sehingga ke Nibong Tebal di Pulau Pinang.
"Mereka dipercayai menjual bahagian motosikal yang telah dileraikan kepada pengusaha bengkel membaiki motosikal sebagai komponen gantian," kata Fauzi.
Mereka kini ditahan reman selama lima hari.