Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Ipol Tewas

Published: 13 Jun 2014 12.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR 10 Mei - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun warga Indonesia, Geng Ipol setelah menembak mati lima lelaki warga Indonesia di Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh dekat sini ha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-ipol-tewas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:05 MYT

KUALA LUMPUR - 10 Mei 2009. Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun warga Indonesia, Geng Ipol setelah menembak mati lima lelaki warga Indonesia di Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Penjenayah terbabit dipercayai terlibat dalam 20 kes samun di sekitar Gombak, Sepang, Kajang, Kuala Selangor dan Sitiawan, Perak sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua penjenayah paling dikehendaki itu ditembak dalam kejadian pukul 6.15 petang, hasil serbuan pihaknya di markas kumpulan itu yang terletak dalam sebuah belukar.

Katanya, sepasukan polis menyerbu sebuah pondok yang dijadikan markas kumpulan penjenayah itu. Kedudukan pondok tersebut terpencil di atas sebuah bukit, kira-kira 150 meter dari jalan yang menghubungkan kampung itu.

Menurut beliau, selepas mengepung markas berkenaan, polis telah mengarahkan kesemua penjenayah yang berada dalam pondok itu supaya menyerah diri. Sebaliknya, penjenayah itu telah melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Polis kemudian membalas tembakan kumpulan dan berjaya menembak mati lima orang ahli kumpulan geng tersebut.

Polis turut menemui beberapa bilah parang dan sepucuk pistol serta beberapa butir peluru di dalam pondok itu. Modus operandi kumpulan samun ini ialah memecah masuk rumah mangsa pada waktu awal pagi. Hasil pemeriksaan terhadap mayat suspek, polis mendapati dua daripada mereka mempunyai tatu di badan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 12.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM