Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Curi Motosikal Tewas

Published: 16 Jun 2014 3.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis berjaya melumpuhkan geng remaja mencuri motosikal yang turut dianggotai pelajar sekolah dengan penahanan enam suspek berusia 14 hingga 23 tahun di Flat Selayang Mulia, Batu Caves, di sini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-curi-motosikal-tewas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:40 MYT

Geng Curi Motosikal Tewas



Polis berjaya melumpuhkan geng remaja mencuri motosikal yang turut dianggotai pelajar sekolah dengan penahanan enam suspek berusia 14 hingga 23 tahun di Flat Selayang Mulia, Batu Caves, di sini. 

Mereka ditahan dalam serbuan berasingan selepas seorang pelajar tingkatan dua ditahan di rumahnya di Flat Selayang Mulia, Batu Caves di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan ke flat berkenaan, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha SS dan hasil soal siasat remaja berkenaan mengaku mencuri motosikal itu dengan rakannya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM