16
Disember 2011 - Geng 'Cicak', yang baru berjinak-jinak mengedar dadah
menggunakan kereta mewah yang dicuri, ditumpaskan polis apabila dua
anggotanya ditangkap di Puchong, Rabu lepas.
Ketua
Polis Daerah Serdang, YDH Supt Abdul Razak bin Elias berkata dua lelaki
berumur 27 dan 39 tahun itu, yang mempunyai tatu cicak di dada, ditahan
dalam dua operasi berasingan hasil risikan dan intipan polis.
"Kira-kira
3 petang pada 14 Dis, seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan
di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Puchong dan cuba melarikan diri
menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry selepas dihampiri polis.
"Lelaki
itu kemudian ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu
dilaporkan hilang di Johor pada 13 Nov lepas," katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata suspek kemudian membawa polis ke satu unit rumah di pangsapuri
itu dan menahan suspek kedua yang juga ketua geng berkenaan.
YDH
SUPT Abdul Razak bin Elias berkata pemeriksaan ke atas suspek kedua dan
di sekitar unit rumah itu membawa kepada penemuan beberapa rangkai
kunci tertera logo 'Toyota', 'Proton' dan 'Mitsubishi' selain nombor
pendaftan palsu, salinan cukai palsu dan surat pendaftaran kenderaan
disyaki untuk tujuan jenayah.
Beliau
berkata polis turut menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah itu,
yang dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 dan wang tunai kira-kira
RM50,000, dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah. Dadah yang dirampas tersebut adalah untuk kegunaan hampir 10 ribu pengguna.
"Di
parkir pangsapuri itu pula, kita menemui sebuah kereta Toyota Wish yang
dilaporkan hilang di Johor pada 12 Nov, sebuah Mitsubishi Colt yang
tidak mempunyai rekod pendaftaran di negara ini serta sebuah Proton
Iswara dipercayai milik suspek.
"Turut
ditemui di dalam kereta-kereta itu adalah parang, beberapa bilah pisau
dan 'power arm' yang diubahsuai dipercayai untuk menyimpan dadah,'
katanya.
Menurutnya
siasatan mendapati kumpulan itu menghuni unit rumah itu sejak sebulan
lepas bagi menjalankan kegiatan pengedaran dadah menggunakan kereta
mewah yang dicuri bagi pasaran Lembah Klang.
YDH
SUPT Abd Razak bin Elias berkata siasatan juga mendapati kedua-dua
suspek pernah terlibat dalam kesalahan jenayah dadah sebelum ini dan
mereka ditahan reman sehingga 22 Dis bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

YDH Supt Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, berucap ketika sidang media di adakan...

Antara mereka yang menyertai Operasi Ops Cicak..




Wartawan yang turut hadir...


YDH Supt Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang menunjukkan cara terbaru menyembunyikan dadah..





Antara barang - barang rampasan...

Cukai jalan palsu yang digunakan penjenayah...

Antara barang - barang rampasan...
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Geng Cicak Tumpas
Polis menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah itu, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 dan wang tunai kira-kira RM50,000, dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-cicak-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.