Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Alip Ayam Geng Karthik Tumpas

Published: 09 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Alip Ayam dan Geng Karthik yang dipercayai giat melakukan kegiatan samun, rogol dan bunuh di sekitar bandar ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-alip-ayam-geng-karthik-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:11 MYT

GENG ALIP AYAM, GENG KARTHIK TUMPAS: Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Alip Ayam dan Geng Karthik yang dipercayai giat melakukan kegiatan samun, rogol dan bunuh di sekitar bandar ini. 

Serbuan pertama pada 27 hingga 30 Disember lalu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia sekitar 20-an daripada Geng Alip Ayam yang aktif melakukan kegiatan samun dan rogol. 

Kumpulan ini (Geng Alip Ayam) mempunyai ahli seramai tiga orang, dua telah ditangkap dan rnempunyai dua rekod jenayah lampau manakala seorang lagi suspek sedang dikesan.

Siasatan mendapati geng ini aktif melakukan samun antara bulan Oktober hingga Disember tahun lalu.

Hasil tangkapan ke atas Geng Alip Ayam , polis berjaya merampas 14 buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba, dua buah motosikal dan seutas rantai leher emas. 

Sementara serbuan kedua pula, beliau berkata, polis berjaya menahan anggota dua ahli kumpulan Geng Karthik pada 2 Januari lalu. Kedua-dua suspek berusia 27 tahun dengan salah seorang daripada mereka rnempunyai rekod jenayah berhubung kes pembunuhan di Sitiawan, Perak pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

Geng Alip Ayam Geng Karthik Tumpas

​

ArticlePublished 09 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM