Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Aboy 3 Beradik Antara Ditahan

Published: 16 Jun 2014 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan mengintip kenderaan yang menjadi sasaran, membawa lari dan meleraikan komponennya sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga yang murah secara atas talian, tujuh ahli sindiket termasuk seoran..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-aboy-3-beradik-antara-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:44 MYT

Geng Aboy 3 Beradik Antara Ditahan

GENG ABOY - 3 BERADIK ANTARA YANG DITAHAN : Dengan mengintip kenderaan yang menjadi sasaran, membawa lari dan meleraikan komponennya sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga yang murah secara atas talian, tujuh ahli sindiket termasuk seorang wanita akhirnya ditahan pihak polis di Seri Kembangan dan Jenjarom, Kuala Langat, Isnin lalu.

Sebelum itu, hasil laporan mangsa telah membawa kepada penahanan seorang lelaki dan pihak polis berjaya menjejaki 6 yang lain. Suspek berusia antara 16 dan 31 tahun.

Selain empat jenis kenderaan yang pernah dilaporkan hilang, polis turut menemui pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan, dadah jenis syabu, sehelai jaket pantulan cahaya tertera perkataan polis, dua komputer riba, blok enjin, plat nombor kenderaan palsu dan komponen alat ganti kereta dileraikan di rumah suspek.

ArticlePublished 16 Jun 2014 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM