Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng 36 Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

Published: 18 Jun 2014 1.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Buku dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap yang telah maut dalam insiden terbabit...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-36-maut-berbalas-tembakan-dengan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:41 MYT

Buku dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap yang telah maut dalam insiden terbabit. Anggota kumpulan Geng 36 yang diburu sejak dua tahun lalu terlibat dalam tujuh kes bunuh telah maut di tempat kejadian berhampiran pasar raya Tesco, Cheng, Melaka. Salah seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahan Ordinan Darurat.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemui dua pucuk pistol automatik, sejumlah ganja dan lencana integriti Polis Diraja Malaysia yang disyaki untuk menyamar ketika melakukan jenayah. Semakan terhadap salah seorang suspek mempunyai 10 rekod jenayah di mana salah satunya cubaan membunuh di Johor manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

Geng 36 Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM