Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gelap Mata Dek Rm600

Published: 19 Jun 2014 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun antara ditahan pihak polis dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Amandi sebuah pusat hiburan malam kelmari..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gelap-mata-dek-rm600
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:32 MYT

Seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun antara ditahan pihak polis dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Amandi sebuah pusat hiburan malam kelmarin.

Remaja perempuan yang berasal dari Negeri Sembilan itu sanggup meninggalkan keluarganya untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) kerana tarikan gaji lumayan yang ditawarkan oleh majikan di pusat hiburan tersebut.

Seramai 12 wanita berusia 17 hingga 35 tahun ditahan dikenal pasti sebagai rakyat tempatan manakala 14 lagi adalah wanita warga asing membabitkan warga Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Siasatan awal pihak polis mendapati pemilik pusat hiburan tersebut menggaji pekerja warga asing sebagai GRO dan tidak menolak kemungkinan semua wanita yang ditahan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran antara RM400 hingga RM600.

Gelap Mata Dek Rm600
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM