Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gaya Hidup Sihat Lahir Anggota Pdrm Yang Produktif

Diterbitkan: 10 Feb 2017 9.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 10 Februari 2017 – Dalam kesibukan melaksanakan tugas menjaga keamanan negara, saranan dalam menyertai Program Gaya Hidup Sihat tetap diteruskan sehingga je hari ini dengan penganjuran oleh Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Tasik Perdana, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gaya-hidup-sihat-lahir-anggota-pdrm-yang-produktif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2017 – Dalam kesibukan melaksanakan tugas menjaga keamanan negara, saranan dalam menyertai Program Gaya Hidup Sihat tetap diteruskan sehingga je hari ini dengan penganjuran oleh Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Tasik Perdana, petang tadi. 

Program pada kali ini menitikberatkan aktiviti ‘circuit training’ yang menyaksikan penglibatan seramai lebih kurang 150 pegawai kanan, anggota, pegawai awam dari Jabatan Pengurusan PDRM.

Latihan ini juga diketuai oleh pelajar praktikal yang juga merupakan anggota polis yang sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).

Antara aktiviti ‘Circuit Training’ yang dilakukan ialah ‘burpees’, ‘star jump’, ‘sit up’ dan 'squat' iaitu senaman kardio yang dilakukan secara berurutan untuk menguatkan otot-otot individu tersebut.

Seperti tahun yang lalu, warga PDRM disarankan untuk menitikberatkan kecergasan dan mempunyai tahap kesihatan yang tinggi bagi melengkapi syarat kenaikan pangkat serta pengesahan jawatan dalam Jabatan PDRM.

Dalam melahirkan anggota polis yang produktif dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang efisien, aktiviti-aktiviti sukan dan larian perlu diteruskan bagi mengoptimumkan keupayaan fizikal dan mental sekaligus memperbaiki Indeks Jisim Badan (BMI) serta menaikkan imej PDRM khususnya.

Turut hadir pada program tersebut, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), ACP Arjunaiti Abdullah, pegawai-pegawai kanan serta warga Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman.

_MG_1232
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.

_MG_9625
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.
_MG_9655
Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), ACP Arjunaiti Abdullah turut menjalani latihan ‘Circuit Training’.

_MG_9676
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.
_MG_9713
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.
_MG_1303
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.

_MG_9719
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.

_MG_9713
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.

_MG_9733
Sekitar latihan ‘Circuit Training’.
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2017 9.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM