Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ganja Lebih Rm1 6 Juta Dirampas Di Pulau Pinang

Diterbitkan: 25 May 2015 11.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 25 Mei - Polis merampas sebanyak 470.1 kilogram ganja bernilai lebih RM1.6 juta yang dipercayai baru tiba dari negara jiran menerusi laluan laut dalam operasi di Teluk Bahang, dekat sini awal pagi Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ganja-lebih-rm1-6-juta-dirampas-di-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT


George Town, 25 Mei - Polis merampas sebanyak 470.1 kilogram ganja bernilai lebih RM1.6 juta yang dipercayai baru tiba dari negara jiran menerusi laluan laut dalam operasi di Teluk Bahang, dekat sini awal pagi Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ A.Thaiveegan berkata polis turut menahan seorang daripada tiga lelaki yang sedang memunggah ketulan ganja berkenaan ke dalam lori.

"Operasi di sebuah tapak pembinaan di Teluk Bahang itu adalah hasil maklumat awam dan risikan. Ketika serbuan tiga lelaki sedang memunggah ketulan ganja itu.

"Dua daripada lelaki terbabit dapat melarikan diri manakala seorang lagi lelaki berusia 22 tahun cuba terjun ke laut tetapi gagal kerana takut lemas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui 477 ketulan ganja dalam lori berkenaan dan siasatan awal polis mendapati sindiket yang beroperasi sejak bulan lepas itu menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat transit dadah sebelum diedar kepada pembeli.

Polis tidak menolak kemungkinan bekalan ganja berkenaan dibawa menerusi bot atau kapal, katanya.

Thaiveegan berkata sindiket terbabit memilih kawasan tapak pembinaan itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai kerana ketulan-ketulan ganja itu dibungkus seperti batu bata seolah-olah ia digunakan untuk projek di situ.

Beliau berkata ganja bernilai lebih RM1.6 juta yang boleh digunakan lebih 100,000 penagih dadah itu dipercayai untuk diedar di sekitar Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah lori Daihatsu dan sebuah motosikal Yamaha LC yang dipercayai digunakan dua lelaki yang melarikan diri.

Beliau berkata lelaki yang ditahan itu direman sehingga Jumaat dan polis kini memburu dalang dan anggota sindiket terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar Pulau Pinang.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 11.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM