Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gamitan Timur Sabah

Diterbitkan: 30 Mar 2018 1.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kehadiran pelancong yang semakin meningkat di timur Sabah jelas memperlihatkan usaha dan langkah berkesan yang digerakkan kerajaan dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gamitan-timur-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:16 MYT

GAMITAN TIMUR SABAH

Kehadiran pelancong yang semakin meningkat di timur Sabah jelas memperlihatkan usaha dan langkah berkesan yang digerakkan kerajaan dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia hakikat sebenar diakui mereka yang berkecimpung dalam industri pelancongan di kawasan berkenaan.

Pengusaha pelancong yang juga Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Johnny Lim berkata, jumlah tempahan bilik bagi operator pelancong berdaftar dengan persatuan itu meningkat tahun lalu kepada 31 peratus berbanding 29 peratus pada tahun 2016.

Katanya, tahap keselamatan kukuh, selain kehadiran berterusan pasukan keselamatan mengawal perairan dan pulau antara faktor meningkatkan keyakinan pelancong.

"Selain pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan khususnya ESSCOM, persatuan dan operator pelancongan bekerjasama membuat promosi bagi meyakinkan pelancong mengenai tahap keselamatan di sini.

"Lebih meyakinkan pelancong apabila pasukan keselamatan mengiringi perjalanan mereka ke pulau seperti dilakukan baru-baru ini membabitkan sekumpulan pelancong dari China ke Pulau Selingan, sekali gus memberi gambaran positif terhadap terhadap kawalan keselamatan kita," katanya.

Sementara itu, pengusaha pelancong di Semporna, Kerinu Jalani, berkata, kehadiran pelancong ke daerah itu bertambah dengan purata 1,000 pelancong sehari.

Dia yang juga Pengerusi Persatuan Syarikat Pelancongan Tempatan Semporna berkata, peningkatan itu direkodkan selepas perintah berkurung dilaksanakan ESSCOM dengan tempahan bilik penuh pada musim tertentu menyebabkan pengunjung perlu membuat tempahan sebulan lebih awal.

"Kami harap kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya pantai timur terus bertambah manakala langkah kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung diteruskan," katanya.

Perintah berkurung di perairan ESSZONE yang dikuatkuasakan sejak Julai 2014 membabitkan perairan di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

PUSAT PEMERIKSAAN INISIATIF TERBAIK

Pelaksanaan Road Check Point (RCP) atau pusat pemeriksaan di daratan yang dijangka diwujudkan di Telupid dalam tempoh terdekat mampu meningkatkan lagi tahap keyakinan penduduk membabitkan tahap keselamatan di Sabah.

Penduduk yakin pelaksanaan RCP bukan saja dapat menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI), malah penyeludupan barang terlarang termasuk dadah, rokok atau minuman keras, selain menjamin keselamatan penduduk di kawasan sekitarnya.

Sumber: Harian Metro

Gamitan Timur Sabah

ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2018 1.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM