
Artikel
Gambar Sekitar Perbarisan Tamat Latihan Plak Inspektor Sarjan Dan Konstabel Pelatih Pada Tahun 2024 Di Pulapol Kuala Lumpur
Gambar sekitar Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Ketua...
Gambar sekitar Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.
Seramai 1,747 Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih yang terdiri dari empat buah pusat latihan iaitu PULAPOL Kuala Lumpur, PULAPOL Segamat, PULAPOL Dungun serta PULAPOL Bukit Sentosa bergabung dalam satu tempo pergerakan yang seiringan melambangkan permulaan karier sebagai warga Sang Saka Biru.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.