Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1 747 Inspektor Sarjan Dan Konstabel Pelatih Bergabung Dalam Satu Medan Perbarisan Tamatkan Latihan Asas Kepolisan

Diterbitkan: 22 Nov 2024 10.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 November 2024 - Gempita laungan arahan perbarisan yang bergema di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur seawal jam 7.00 pagi tadi menjadi simbolik bermulanya Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1-747-inspektor-sarjan-dan-konstabel-pelatih-bergabung-dalam-satu-medan-perbarisan-tamatkan-latihan-asas-kepolisan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
Kuala Lumpur, 22 November 2024 - Gempita laungan arahan perbarisan yang bergema di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur seawal jam 7.00 pagi tadi menjadi simbolik bermulanya Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih, di sini.

Dalam majlis itu, seramai 1,747 Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih dari empat buah pusat latihan iaitu PULAPOL Kuala Lumpur, PULAPOL Segamat, PULAPOL Dungun serta PULAPOL Bukit Sentosa bergabung dalam satu tempo pergerakan kawad yang seiringan untuk memberikan persembahan tamat latihan terbaik di hadapan ribuan ahli keluarga mereka yang hadir seawal jam 4 pagi.

Kawad yang dipersembahkan itu merupakan asas pembuktian bahawa identiti orang awam mereka kini telah bertukar kepada pegawai dan anggota polis, sekaligus menjadi sebahagian keluarga besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang benar-benar terlatih merangkumi keseluruhan aspek.

Lebih manis lagi, perbarisan tamat latihan mega yang penuh bersejarah itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dengan turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Perbarisan tamat latihan tadi diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Pelatih Hairul Azrin Manap dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Pelatih Mohamad Asroy Mohd Swan bersama 105 anggota kawalan kehormatan utama.

Dalam perbarisan tersebut, Inspektor Pelatih Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim dari PULAPOL Kuala Lumpur telah dianugerahkan terbaik keseluruhan bagi siri 1/2024. Manakala Inspektor Pelatih Mohamad Sabri Abd Rani pula dipilih terbaik keseluruhan untuk siri 2/2024.

Sarjan Pelatih Abu Hassan Ashaari Abdul Razak juga dari PULAPOL Kuala Lumpur yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan pula dipilih sebagai terbaik keseluruhan Sarjan Pelatih Siri 1/2024.

Manakala Konstabel Pelatih Irfan Rafiqin Mohd Sabri dari PULAPOL Dungun, Konstabel Pelatih Makhzan Mukhtar (PULAPOL Bukit Sentosa), Konstabel Pelatih Ivy Dison (PULAPOL Segamat) dan Konstabel Pelatih Ahmad Azri Hakim Che Daud dari PULAPOL Kuala Lumpur, masing-masing dipilih sebagai terbaik keseluruhan siri 4/2024, siri 5/2024, siri 6/2024 serta siri 8/2024.

Penyampaian sijil dan hadiah kepada semua penerima disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin dengan diapit Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim bersama Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, DCP Alzafny Ahmad.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin dalam amanatnya mengingatkan kepada semua pelatih yang akan memulakan karier sebagai pegawai dan anggota polis di lapangan, agar menggalas amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, menjaga keterampilan diri dan menjauhi sebarang bentuk salah laku serta gejala rasuah.

“Saya yakin kita semua telah memahami peranan dan tanggungjawab kita (anggota polis) dengan jelas sepertimana yang termaktub di dalam Akta Polis 1967.
"Pegawai polis adalah 'role model' kepada masyarakat. Saya ingin mengingatkan di sini khusus kepada barisan pelatih yang bakal memulakan kerjaya sebagai Pegawai Polis, agar sentiasa menjauhkan diri daripada segala bentuk salah laku yang boleh mencemar nama baik Pasukan.

Tambah beliau lagi, pelbagai cabaran yang menguji mental, emosi, semangat dan prinsip sebagai seorang warga Sang Saka Biru bakal didepani apabila berada di lapangan nanti. Justeru, beliau berharap setiap bakal pegawai dan anggota polis dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar, dedikasi serta melaksanakan amanah mengikut lunas undang-undang.

Tirai perbarisan tadi ditutup dengan aksi penuh debaran terjunan tepat daripada tujuh troopers 69 Komando yang diketuai sendiri oleh Timbalan Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, ACP Rosman Kasman.

Masa ahli keluarga dan pengunjung yang hadir juga dipenuhi dengan pelbagai siri pameran PDRM yang menarik, termasuk tawaran diskaun bayaran saman trafik sebanyak 50 peratus di kaunter khas Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang disediakan.

Yang turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan ketua jabatan di bawah KDN, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, ahli keluarga pelatih serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people, clarinet and text

May be an image of 7 people, clarinet and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 14 people, lighting, dais and text

May be an image of 7 people and text

ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2024 10.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM