Gagal Cubaan Seludup Dadah Guna Barter Trader Boat
Tekong
dan awak-awak cuba mengelirukan anggota polis dengan menyembunyikan
dadah tersebut di bahagian rahsia bot yang sarat dengan barangan
terpakai. Cubaan seludup dadah jenis syabu seberat 3.6 kilogram itu
berjaya ditumpaskan di perairan Pantai Tanjung Bakau itu dalam Op Cantas
Khas Polis Marin.
Hasil
pemeriksaan lanjut terdapat lima bungkusan plastic disyaki dadah
bernilai RM330,000 disembunyikan pada ruang rahsia tersebut. Kesemua
tahanan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen
39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : KOSMO