Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gadis Tipu Ibu Pura Pura Dengar Tangisan Bayi Lepas Buang Anak Sendiri

Published: 21 May 2015 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Cubaan seorang gadiS menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan meninggalkan bayi tersebut di belakang rumah menjerat diri sendiri apabila dia akhimya mengaku melakukan perbuatan itu selepas didesak bapanya di Taman Perumahan Datuk Rashid di Kuantan, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gadis-tipu-ibu-pura-pura-dengar-tangisan-bayi-lepas-buang-anak-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT

Cubaan seorang gadiS menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan meninggalkan bayi tersebut di belakang rumah menjerat diri sendiri apabila dia akhimya mengaku melakukan perbuatan itu selepas didesak bapanya di Taman Perumahan Datuk Rashid di Kuantan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, bayi seberat lebih dua kilogram itu dilahirkan cukup sifat sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, gadis berusia 20 tahun terbabit yang bersembunyi di dalam bilik selamat melahirkan bayi lelaki berkenaan tanpa pengetahuan ibunya yang ketika itu sedang tidur sebelum dia cuba menghapuskan bukti kelahiran.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selepas melahirkan bayi lelaki itu, gadis terbabit meletakkannya di belakang rumah sebelum berpura-pura mengejutkan ibunya konon terdengar tangisan bayi.

Sumber: Harian Metro
Gadis Tipu Ibu Pura Pura Dengar Tangisan Bayi Lepas Buang Anak Sendiri

ArticlePublished 21 May 2015 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM