Gadis Dan Wanita Antara Tujuh Dicekup Dalam Operasi Antinark
Labuan,
11 Okt - Gadis dan wanita antara tujuh orang yang dicekup kerana
memiliki dadah dalam operasi antinarkotik yang dijalankan di sini
semalam.
Mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah hotel kira-kira 5 petang.
Ketua
Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan itu polis
merampas bahan seperti kristal disyaki syabu seberat 5.01 gram.
"Sebelum
serbuan itu, pasukan narkotik menahan tiga lelaki, dengan 1.3 gram
syabu yang dimasukkan ke dalam dua penyedut minuman, di hadapan sebuah
hotel, yang membawa kepada serbuan di hotel terbabit," katanya.
Kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1), Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : BERNAMA