Dalam
menggalakkan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih effisien
dan inovatif dalam melakukan kerja harian, Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
telah menjalankan satu program yang dikenali sebagai Innovation
Ambassador Development Programme (IADP) dimana melatih setiap anggotanya
berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan masalah kerjaya serta
kehidupan.
Program yang berbentuk Design Thinking telah berlangsung sejak 10 Februari lalu di Genovasi, Petaling Jaya dan dijangka berakhir pada Jumaat ini telah dikendalikan oleh Genovasi yang disertai 41 Pegawai Kanan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Cawangan Khas.
Dalam program tersebut para peserta telah diberi tugasan yang bertajuk “Redesign The Interaction Experience To Enhance Information Channel Between The Community and Police Force” dimana mereka perlu menghasilkan sendiri prototaip tugasan dan membuat pembentangan sama ada berbentuk fizikal atau bukan fizikal.
Turut hadir menyaksikan sesi pembentangan tersebut antaranya Timbalan Komander STING I JSJN, SAC Dato' Razali bin Ab. Razak, ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, ACP Mun Kock Keong, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Supt. Ibrahim bin Chat dan Naib Presiden Eksekutif Inisiatif Strategik dan Pembiayaan AIM, Naser bin Jaafar.
Program ini akan diteruskan sehingga 5 September 2014 dengan empat sesi program yang membabitkan semua jabatan dalam PDRM dan disertai 40 orang peserta bagi setiap sesi.

Ketibaan YDH SAC Dato' Razali bin. Ab. Razak

Taklimat daripada pihak Genovasi.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Gambar kenangan peserta program.