Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Forum Perdana Maulidur Rasul Timbalan Kpn Tekankan Sifat Siddiq Dan Amanah Sebagai Pegangan Utama Pemimpin Penjawat Awam

Diterbitkan: 13 Oct 2025 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 13 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat siddiq dan amanah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan pegangan utama oleh setiap pemimpin serta penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan serta perpaduan negara terus terpelihara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/forum-perdana-maulidur-rasul-timbalan-kpn-tekankan-sifat-siddiq-dan-amanah-sebagai-pegangan-utama-pemimpin-penjawat-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:19 MYT
Ipoh, 13 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat siddiq dan amanah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan pegangan utama oleh setiap pemimpin serta penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan serta perpaduan negara terus terpelihara.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai panel bersama-sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Hj. Harith Fadzilah Hj. Abd Halim dalam Forum Perdana sempena Mosque Open Day dan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Dataran Ilmu, Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), malam tadi.

Forum bertajuk “Meneladani Kepimpinan Rasulullah SAW Dalam Membina Perpaduan dan Kesejahteraan Negara” anjuran Masjid Sultan Idris Shah II itu dikendalikan oleh Ketua Unit Istinbat dan Penerangan, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak, Ustaz Muhammad Izzat Shafiq Mohammed Tarmizi.

Dalam sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan turut menegaskan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan antara isu paling kritikal yang menjejaskan integriti kepimpinan dalam pelbagai agensi.Justeru, sifat amanah adalah benteng utama dalam mengelakkan seseorang daripada terjerumus ke dalam perbuatan tidak bermoral.

Program turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato' Ab Wahab Dato' Seri Azizul Hassan, Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), SF. Tuan Hj. Abdul Farid Hj. Salleh, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Perak, ACP Amir Hussin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohd Akmal Hizam Hj. Abd Khupur.

Jurugambar: PDRM RMP TV


May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎2025 MANIDRISSAR AN IDRIS SEAFLIL NEGERIP SQvE OPEN DAY FOR 1 ULID Penyatuai KKN BAN ن .မ peAneBAM

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and crowd

Intro

Add Bio
 
Edit details
 
Add Featured
 
 
What's on your mind?
 
Forum Perdana Maulidur Rasul Timbalan Kpn Tekankan Sifat Siddiq Dan Amanah Sebagai Pegangan Utama Pemimpin Penjawat AwamChannel
 
Forum Perdana Maulidur Rasul Timbalan Kpn Tekankan Sifat Siddiq Dan Amanah Sebagai Pegangan Utama Pemimpin Penjawat AwamPhoto/video
 
Forum Perdana Maulidur Rasul Timbalan Kpn Tekankan Sifat Siddiq Dan Amanah Sebagai Pegangan Utama Pemimpin Penjawat AwamReel
 

Featured

Manage
 
 
TETAPKAN PENDIRIAN DAN JATI DIRI DENGAN NILAI INTEGRITI YANG TINGGI - KPN

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa setiap Inspektor Percubaan perlu menerapkan pendirian dan jati diri dengan nilai integriti yang tinggi sebagai persediaan dalam memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerjaya kepolisan adalah satu profesion yang sangat mencabar dari segi mental, fizikal dan emosi. Ia menuntut pengorbanan masa dan tenaga serta turut menguji ketahanan minda, kecekalan jiwa serta kredibiliti warganya untuk berhadapan dengan cabaran jenayah masa kini yang semakin rumit dan kompleks," ujar beliau semasa menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid juga menyeru kepada seluruh warga Sang Saka Biru untuk mempertingkatkan kawalan disiplin, integiriti, moral dan etika agar tidak melakukan perkara boleh menjejaskan imej Pasukan.

Perbarisan tamat latihan tadi disertai seramai 345 Inspektor Percubaan terdiri daripada 105 Kawalan Kehormatan Utama yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Percubaan Syenly Sinairi dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Percubaan Ahmad Syahid Salahudin.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia, Tengku Panglima Perang, Leftenan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, pemeriksaan detasemen oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dengan menaiki kenderaan istiadat disusuli penyampaian sijil pelatih terbaik yang telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh program.

Inspektor Percubaan Mahira Alias diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, manakala Inspektor Percubaan Sudirman Garamah dan Inspektor Percubaan Stephanie Anak Bunyau masing-masing menerima Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar Lelaki dan Wanita. Inspektor Percubaan Wong Chun Wai pula dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, para pegawai kanan, ahli-ahli PERKEP, ahli keluarga pelatih serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar
May be an image of text
 
May be an image of one or more people and text
 
May be an image of one or more people and text
 
May be an image of one or more people and text
 
May be an image of text
 
+76
 
 
LIVE: MAJLIS KONVOKESYEN PLAK INSPEKTOR PELATIH BILANGAN 13 SIRI 1/2025 DI PULAPOL KL

Kini sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1/2025 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL).

#KonvokesyenPLAK2025
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#09102025
Forum Perdana Maulidur Rasul Timbalan Kpn Tekankan Sifat Siddiq Dan Amanah Sebagai Pegangan Utama Pemimpin Penjawat Awam
 
 

Posts

Filters
 
Manage posts
 
 
 
 
FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL: TIMBALAN KPN TEKANKAN SIFAT SIDDIQ DAN AMANAH SEBAGAI PEGANGAN UTAMA PEMIMPIN, PENJAWAT AWAM
Ipoh, 13 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa sifat siddiq dan amanah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan pegangan utama oleh setiap pemimpin serta penjawat awam bagi memastikan kesejahteraan serta perpaduan negara terus terpelihara.
Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai panel bersama-sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Hj. Harith Fadzilah Hj. Abd Halim dalam Forum Perdana sempena Mosque Open Day dan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Dataran Ilmu, Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), malam tadi.
Forum bertajuk “Meneladani Kepimpinan Rasulullah SAW Dalam Membina Perpaduan dan Kesejahteraan Negara” anjuran Masjid Sultan Idris Shah II itu dikendalikan oleh Ketua Unit Istinbat dan Penerangan, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak, Ustaz Muhammad Izzat Shafiq Mohammed Tarmizi.
Dalam sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan turut menegaskan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan antara isu paling kritikal yang menjejaskan integriti kepimpinan dalam pelbagai agensi. Justeru, sifat amanah adalah benteng utama dalam mengelakkan seseorang daripada terjerumus ke dalam perbuatan tidak bermoral.
Program turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato' Ab Wahab Dato' Seri Azizul Hassan, Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), SF. Tuan Hj. Abdul Farid Hj. Salleh, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Perak, DCP Amir Hussin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohd Akmal Hizam Hj. Abd Khupur.
Jurugambar: PDRM RMP TV
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2025 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM