Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Forum Op Blue Devil Kupas Isu Salah Guna Dadah

Diterbitkan: 12 Dec 2019 11.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.10 PM
Meskipun negara semakin hampir melangkah ke tahun 2020, salah laku sosial di negara ini berhubung kait dengan isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang masih berada pada tahap yang membimbangkan. Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Op Blue Devil pada 13 Ogos lalu, sebagai usaha membersihkan imej pasukan sekaligus memastikan warga PDRM bebas daripada penyalahgunaan dadah. Bagi membincang dan mengupas segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh PDRM, Forum Op Blue Devil telah diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/forum-op-blue-devil-kupas-isu-salah-guna-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:01 MYT

Kuala Lumpur, 12 Disember 2019 - Meskipun negara semakin hampir melangkah ke tahun 2020, salah laku sosial di negara ini berhubung kait dengan isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Op Blue Devil pada 13 Ogos lalu, sebagai usaha membersihkan imej pasukan sekaligus memastikan warga PDRM bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Bagi membincang dan mengupas segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh PDRM, Forum Op Blue Devil telah diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini, petang tadi.

Barisan panel yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya dan Pengarah JSJN, Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd telah berdiskusi dengan lanjut mengenai salah laku jenayah kesan najis dadah serta langkah-langkah yang diambil seperti program kesedaran yang telah dilaksanakan oleh ketua dan penyelia.

Berucap dalam majlis penutup forum tersebut, Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganya yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Sekiranya terdapat penglibatan pegawai dan anggota dalam gejala ini, tindakan tegas dibuang kerja akan diambil,” tegas beliau.

Penganjuran forum oleh para pelajar program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2018/2020 dari Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut turut dihadiri oleh lebih kurang 500 orang peserta.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Tan Chong Jin, penyelaras program Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin serta para pegawai kanan polis.

PRO_0445
Sekitar Forum Op Blue Devil yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini.

0R9A5090
Moderator Forum Op Blue Devil pada hari ini, SAC Tuan Sulaiman Yahya.
 
 
 
 

PRO_0462
Pengarah JSJN, Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader antara panel yang menjayakan Forum Op Blue Devil pada hari ini.
 
 
 
 

PRO_0468
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya antara panel yang menjayakan Forum Op Blue Devil pada hari ini.

PRO_0487
Sesi soal jawab dalam Forum Op Blue Devil pada hari ini.

PRO_0472
Sesi soal jawab dalam Forum Op Blue Devil pada hari ini.

PRO_0478
Sesi soal jawab dalam Forum Op Blue Devil pada hari ini.

0R9A5184
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya menyampaikan ucapan perasmian penutupan forum.

PRO_0520
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2019 11.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.10 PM