Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Final Piala Fa Polis Ingatkan Penyokong Tidak Cetuskan Provokasi

Diterbitkan: 06 Jul 2018 1.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 6 Julai 2018 - Polis hari ini memberi amaran kepada penyokong pasukan Pahang dan Selangor agar tidak mencetuskan provokasi serta perbuatan lain yang ditegah ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/final-piala-fa-polis-ingatkan-penyokong-tidak-cetuskan-provokasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT

Kuala Lumpur, 6 Julai 2018 - Polis hari ini memberi amaran kepada penyokong pasukan Pahang dan Selangor agar tidak mencetuskan provokasi serta perbuatan lain yang ditegah ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ini termasuk membakar mercun serta suar dan mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

“Nak menyanyi, chants, pukul gendang, bersorak polis tak halang, tapi jangan sampai timbulkan provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan kedua-dua penyokong,” katanya pada sidang media khas di Ibu PejabatPolis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Katanya polis juga akan berjumpa dengan wakil penyokong Selangor petang ini untuk membincangkan langkah-langkah untuk mengawal keselamatan semasa perlawanan itu berlangsung.

Beliau turut menasihati penonton agar datang awal ke stadium dan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya seramai 1,486 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan di beberapa kawasan strategik di luar dan dalam stadium bagi memastikan kelancaran pertemuan skuad Tok Gajah dan Red Giants itu.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Jul 2018 1.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM