Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Fakta Miliki Kereta Klon Adalah Satu Kesalahan

Diterbitkan: 09 Nov 2018 1.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAKTA @ AUTA FAKTA: MILIKI KERETA KLON ADALAH SATU KESALAHAN Tidak dinafikan alasan, tidak tahu kereta yang dibeli adalah kereta klon adalah alasan ' popular' yang digunakan oleh pemilik kenderaan tersebut. Jangan dek kerana keinginan memiliki kereta mewah / jenama biasa dengan harga yang rendah dan proses yang mudah akhirnya membawa padah kepada diri sendir
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fakta-miliki-kereta-klon-adalah-satu-kesalahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:18 MYT
Fakta Miliki Kereta Klon Adalah Satu Kesalahan
FAKTA @ AUTA 

AUTA : MILIKI KERETA KLON ADALAH SATU KESALAHAN 

Tidak dinafikan alasan, tidak tahu kereta yang dibeli adalah kereta klon adalah alasan ' popular' yang digunakan oleh pemilik kenderaan tersebut. 

Jangan dek kerana keinginan memiliki kereta mewah / jenama biasa dengan harga yang rendah dan proses yang mudah akhirnya membawa padah kepada diri sendiri 

Siri Fakta @ Auta kali ini membawa netizen mengetahui bahana miliki kenderaan klon. 

ELAKKAN MEMBELI / MEMILIKI KERETA KLON!!

1.Mana-mana individu yang memiliki atau menggunakan kereta klon akan didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih RM10,000.

2.Individu yang mempamerkan nombor pendaftaran dan lesen kenderaan lain adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

3.Tiada perlindungan insuran, keselamatan diri dan keluarga tiada jaminan dan pampasan kiranya berlaku kemalangan.

Justeru, orang ramai DINASIHATKAN agar tidak mudah tertipu dengan penjual kereta klon dan perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk langkah keselamatan.

Semak Fakta @ Auta sebelum terkena! Spread The News Guys!
 
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 1.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM