Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Fakta Tunjuk Isyarat Lucah Adalah Satu Kesalahan

Diterbitkan: 09 Nov 2018 2.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAKTA : TUNJUK ISYARAT LUCAH ADALAH SATU KESALAHAN Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana orang yang dikenali / tidak dikenali memberikan isyarat lucah akibat ketidakpuasan hati atau tanda protes? Seringkali juga berlaku situasi di mana, pengguna jalan raya tidak kira penunggang motosikal atau pemandu kereta menunjukkan isyarat lucah kerana tidak berpuas hati dengan anda ketika anda menukar laluan atau keluar simpang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fakta-tunjuk-isyarat-lucah-adalah-satu-kesalahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT
Fakta Tunjuk Isyarat Lucah Adalah Satu Kesalahan
FAKTA @ AUTA 

FAKTA : TUNJUK ISYARAT LUCAH ADALAH SATU KESALAHAN

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana orang yang dikenali / tidak dikenali memberikan isyarat lucah akibat ketidakpuasan hati atau tanda protes? 

Seringkali juga berlaku situasi di mana, pengguna jalan raya tidak kira penunggang motosikal atau pemandu kereta menunjukkan isyarat lucah kerana tidak berpuas hati dengan anda ketika anda menukar laluan atau keluar simpang. 

Menunjukkan isyarat lucah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara 10 hari.

Apa yang anda perlu lakukan, segera laporkan di balai polis yang berdekatan dan lampirkan butiran-butiran berkaitan untuk tindakan pihak polis. 

Admin saja berpesan, dewasa ini semakin kita lupakan adab ketimuran sopan dan santun yang menjadi amalan budaya kita. 

Semak fakta atau auta! Keep Calm and spread the news guys!

Sumber imej : Google


ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 2.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM