Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Fakta Kanak Kanak Tidak Boleh Menyertai Perhimpunan Haram

Published: 09 Nov 2018 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAKTA @ AUTA FAKTA : KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM Walaupun undang- undang telah menetapkan kanak-kanak tidak boleh menyertai / direkrut menyertai sebarang perhimpunan haram, namun masih ramai ibu bapa mahupun penjaga yang masih ingkar dan taksub dengan fahaman politik masing-masing tanpa memikirkan kesan kepada kanak-kanak terse
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fakta-kanak-kanak-tidak-boleh-menyertai-perhimpunan-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT
Fakta Kanak Kanak Tidak Boleh Menyertai Perhimpunan Haram

FAKTA @ AUTA

FAKTA : KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM 

Walaupun undang- undang telah menetapkan kanak-kanak tidak boleh menyertai / direkrut menyertai sebarang perhimpunan haram, namun masih ramai ibu bapa mahupun penjaga yang masih ingkar dan taksub dengan fahaman politik masing-masing tanpa memikirkan kesan kepada kanak-kanak tersebut. 

Ianya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Awam (Akta 736)

Seseorang telah melakukan kesalahan sekiranya menyertai sebarang perhimpunan di mana beliau:-

(a) Bukan warganegara 
(b) Menganjurkan perhimpunan di tempat larangan atau dalam jarak 50 meter dari had larangan.
(c) Menyertai dan menganjur protes jalanan
(d) Bertindak sebagai seorang penganjur perhimpunan di bawah umur 21 tahun 
(e) Kanak –kanak yang menyertai perhimpunan
(f) Merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan

HUKUMAN: Kesalahan di bawah Sek 4 (2) (a),(b),(c),(d) dan (e) dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 dan di bawah seksyen 4 (2)(f) dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00

Jangan disebabkan ingin menuntut kepentingan diri kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi. 

Semak fakta atau auta sebelum terkena! Spread the news guys!

Sumber Imej : Utusan Online
ArticlePublished 09 Nov 2018 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM