Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waspada Sindiket Tipu Tuntutan Saman

Diterbitkan: 09 Nov 2018 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
WASPADA SINDIKET TIPU TUNTUTAN SAMAN Polis Diraja Malaysia tidak pernah melantik mana-mana ejen, syarikat atau mana-mana individu sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan tuntutan / diskaun saman / kompaun trafik. Pihak PDRM telah mengesan beberapa sindiket dan menerima aduan awam mengenai kes tipu tuntutan saman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-sindiket-tipu-tuntutan-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:37 MYT
Waspada Sindiket Tipu Tuntutan Saman

#JomBeringat

WASPADA SINDIKET TIPU TUNTUTAN SAMAN

Polis Diraja Malaysia tidak pernah melantik mana-mana ejen, syarikat atau mana-mana individu sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan tuntutan / diskaun saman / kompaun trafik. 

Pihak PDRM telah mengesan beberapa sindiket dan menerima aduan awam mengenai kes tipu tuntutan saman. 

Modus operandi yang digunakan oleh sindiket dengan memperdaya mangsa adalah menerusi panggilan panggilan telefon, iklan – iklan di media sosial dan tidak kurang juga yang datang memperkenalkan diri sebagai polis trafik. 

Jika terkesan mana-mana laman sosial / individu yang menawarkan khidmat bayaran saman trafik anda boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk mendapatkan pengesahan. 

Sebarang pertanyaan mengenai aduan/ saman trafik boleh terus menghubungi talian 03-22663346 atau copsbaman@rmp.gov.my

#JomBeringat dan berhati-hati jangan sampai terpedaya!
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM