Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Fakta Hak Orang Awam Tangkap Penjenayah

Published: 09 Nov 2018 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
FAKTA @ AUTA FAKTA : HAK ORANG AWAM TANGKAP PENJENAYAH Bunuh, rogol, culik, rompak, samun dan ragut adalah antara kesalahan yang membenarkan orang awam untuk menangkap penjenayah, seperti yang tertakluk mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah. Bagaimanapun, tangkapan oleh orang awam ini mempunyai had tertentu dan bukannya kewajipan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan diri sendiri tanpa mengundang risiko keselamatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fakta-hak-orang-awam-tangkap-penjenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:49 MYT

Fakta Hak Orang Awam Tangkap Penjenayah
FAKTA @ AUTA 
FAKTA : HAK ORANG AWAM TANGKAP PENJENAYAH 

Bunuh, rogol, culik, rompak, samun dan ragut adalah antara kesalahan yang membenarkan orang awam untuk menangkap penjenayah, seperti yang tertakluk mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tangkapan oleh orang awam ini mempunyai had tertentu dan bukannya kewajipan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan diri sendiri tanpa mengundang risiko keselamatan.

Orang awam mempunyai hak untuk menahan penjenayah apabila kejadian berlaku di depan mata dan perlu menyerahkannya kepada pihak polis serta-merta.

Mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah, orang awam boleh menahan penjenayah bagi kesalahan yang tidak memerlukan waran tangkap polis seperti bunuh, rogol, culik, rompak, pecah masuk premis, samun dan ragut.

Tangkap penjenayah seadanya mengikut kemampuan dan tidak mencederakan penjenayah berkenaan. Jika penjenayah menyerang, orang awam boleh mempertahankan diri termasuk menggunakan senjata tanpa memberikan kecederaan yang mudarat kepada penjenayah.

HARUS DIINGAT!

Orang awam hanya akan mencari kesusahan dan boleh didakwa jika bertindak melampau dengan mencederakan penjenayah, termasuk sehingga menyebabkan kematian.

Jika anda tidak mampu untuk melawan atau menangkap penjenayah, jangan cuba membahayakan diri sendiri kerana hak ini adalah pilihan dan bukannya kewajipan.

Sejurus tahan, terus hubungi polis dan jangan sesekali membawa penjenayah ke tempat lain. Tidak dibenarkan mencederakan penjenayah kerana sudah terdapat kes yang mana orang awam yang menangkap dituduh atas kesalahan mencederakan dan membunuh suspek.

Sumber Artikel : Berita Harian
Sumber Imej : Google


ArticlePublished 09 Nov 2018 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM