Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Fact Alert Tular Gambar Polis Acu Pistol Adegan Pengambaran Sahaja

Diterbitkan: 20 Aug 2020 1.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Kuala Langat, 20 Ogos 2020 - Orang ramai diminta untuk tidak panik berhubung penularan gambar memaparkan anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang individu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fact-alert-tular-gambar-polis-acu-pistol-adegan-pengambaran-sahaja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT

Kuala Langat, 20 Ogos 2020 - Orang ramai diminta untuk tidak panik berhubung penularan gambar memaparkan anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang individu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian itu adalah berkaitan pengambaran sebuah filem Tamil yang berlangsung di Jalan Sultan Abdul Samad menghala ke Morib.

“Pihak kita telah pun dimaklumkan oleh Bukit Aman berkaitan pengambaran filem tersebut. Pengambaran ini hanya berlaku sekejap sahaja dan kita dimaklumkan terdapat beberapa daerah lain juga terlibat dengan pengambaran filem tersebut.

“Bagaimanapun, kita juga telah meletakkan beberapa anggota untuk memantau sepanjang pengambaran dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam laman sosial Facebook gambar anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang lelaki.

Malah, turut kelihatan juga sebuah kenderaan polis berhampiran kejadian tersebut.

Sumber: Utusan Online

https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/tular-gambar-polis-acu-pistol/?fbclid=IwAR0uYMWbgETKAZB9eHtBc2DTj3x7kSxRkI64kGmEg7Dp7sz4x1JHSJntSZY
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2020 1.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM