Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Fact Alert Buaya Bawa Mayat Kejadian Di Mexico Bukan Di Pulau Pinang

Published: 12 Aug 2021 1.44 PM Updated: 15 Aug 2026 6.44 PM
Sebaliknya, pencarian Utusan Online di internet mendapati kejadian itu dilaporkan berlaku di sebatang sungai di Tampico, Mexico pada 21 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fact-alert-buaya-bawa-mayat-kejadian-di-mexico-bukan-di-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT
Georgetown, 12 Ogos 2021 - Kejadian seekor buaya yang dilihat membawa mayat seorang wanita dari dalam mulutnya seperti yang tular dalam media sosial hari ini bukan berlaku di kawasan laut Jambatan Pulau Pinang seperti didakwa.

Sebaliknya, pencarian Utusan Online di internet mendapati kejadian itu dilaporkan berlaku di sebatang sungai di Tampico, Mexico pada 21 Jun lalu.

Kejadian itu turut dilaporkan oleh portal Mexico Daily Post yang turut memuatkan video kejadian itu serta usaha menyelamat oleh pihak berkuasa negara berkenaan berdurasi kira-kira 40 minit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes seperti yang tular tersebut.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../buaya-bawa-mayat-wanita.../
Sumber: Utusan Online

May be an image of body of water
ArticlePublished 12 Aug 2021 1.44 PMUpdated 15 Aug 2026 6.44 PM