Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ex Rampas 2022 Kesiapsiagaan Utk Diuji Dalam Latihamal

Diterbitkan: 14 Oct 2022 6.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 14 Oktober 2022 – Kenderaan serba hitam yang tertera logo Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysa (PDRM) dilihat berlegar-legar di Hangar 5, Kompleks Kejuruteraan & Penyelenggaraan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ex-rampas-2022-kesiapsiagaan-utk-diuji-dalam-latihamal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:10 MYT
Sepang, 14 Oktober 2022 – Kenderaan serba hitam yang tertera logo Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysa (PDRM) dilihat berlegar-legar di Hangar 5, Kompleks Kejuruteraan & Penyelenggaraan Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Suasana yang tadinya tenang bertukar tegang apabila operatif daripada UTK PDRM bertindak tangkas menggempur masuk ke dalam pesawat MH 2612 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk membebaskan seramai 31 orang yang telah dijadikan 'tebusan' oleh 'pengganas'.

Biarpun operasi membebaskan tebusan ini merupakan simulasi kepada Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex-Rampas) UTK 1/2022, ia juga mungkin menjadi senario sebenar sekiranya berlaku apabila sebuah pesawat dirampas oleh pengganas.

Menurut Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, objektif eksesais tersebut adalah untuk mempraktikkan rancangan atau arahan agar Pasukan bersedia untuk diatur gerak dalam setiap operasi.

Selain itu, Latihamal ini turut berkolaborasi bersama Unit Drone, Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi mengaplikasikan teknologi terkini dalam melaksanakan operasi. Turut terlibat ialah Bahagian Kejuruteraan Malaysia Airlines dan Malaysia Airport Holding Berhad (Aviation Security) serta Civil Aviation Authority of Malaysia.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Komander PGU, DCP Dato' Mohd Hishamudin Tahar dan wakil dari MAB.

Jurugambar: Inspektor Amir Safwan Abdul Radzi, Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person, aeroplane, indoor and text that says '@HAK AK'

May be an image of aeroplane

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people

May be an image of screen

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'на RM'

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, aeroplane and indoor

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text

May be an image of 3 people, aeroplane and indoor

May be an image of outdoors

May be an image of 2 people

May be an image of 6 people and aeroplane

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 3 people and text that says 'BUKA OPEN URM'

May be an image of 6 people and aeroplane

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 2 people, indoor and text that says 'POLIS POLIS'

May be an image of screen

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of aeroplane and outdoors

May be an image of 1 person, standing and text
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2022 6.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM