Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ex Op Rampas Utk Fokus Latihamal Hadapi Ancaman Pengganas Di Lapangan Terbang

Published: 05 Aug 2020 8.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 6 Ogos 2020 - Ketangkasan para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Unit Tindakhas (UTK) berjaya menyelamatkan 54 tebusan termasuk lima anak kapal terbang yang 'dirampas' oleh sekumpulan pengganas berasal dari negara jiran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ex-op-rampas-utk-fokus-latihamal-hadapi-ancaman-pengganas-di-lapangan-terbang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT

Sepang, 6 Ogos 2020 - Ketangkasan para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Unit Tindakhas (UTK) berjaya menyelamatkan 54 tebusan termasuk lima anak kapal terbang yang 'dirampas' oleh sekumpulan pengganas berasal dari negara jiran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam tadi.

Kesemua penumpang kapal terbang MH2612 yang sepatutnya berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu turut bersyukur apabila detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka berjaya 'ditamatkan' oleh UTK, hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja apabila operasi menyelamat dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, senario mendebarkan ibarat filem aksi itu hanyalah Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex- Op Rampas) UTK yang julung kali diadakan pada tahun ini selepas beberapa kali tertangguh ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac lalu.

Menurut Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin, objektif latihamal tersebut untuk menguji tahap keberkesanan perancangan dan tindakan PDRM ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan di dalam kapal terbang.

Selain itu, ia juga bertujuan memantapkan lagi peranan dan tahap kesiapsiagaan UTK selaku sebuah Pasukan elit anti keganasan yang mampu menangani pelbagai bentuk serangan pengganas dalam negara.

Selain PDRM, latihan tersebut turut disertai oleh krew sebenar dari Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang berpangkalan di KLIA.

Hadir menyaksikan latihamal di "South Support Zone" KLIA itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani bersama ketiga-tiga timbalannya dan wakil dari MAB.

Image may contain: one or more people and people sitting
Pasukan penyelamat dari UTK bertindak menyerbu pesawat MH 2612.

Image may contain: 2 people, people sitting, text that says 'MILIK PDRM'
Situasi cemas pesawat MH 2612 bersama 54 tebusan dirampas oleh pengganas.

Image may contain: one or more people
Pasukan penggempur dari UTK bertindak menyerbu pesawat MH 2612 dan menyelamatkan tebusan.

Image may contain: sky, aeroplane and outdoor
Sekitar Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex- Op Rampas) UTK.

Image may contain: one or more people and people sitting, text that says 'DRM © UTK'
Kumpulan 'immediate action' membuat pemeriksaan ke atas semua tebusan.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Sekitar Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex- Op Rampas) UTK.

Image may contain: 5 people, indoor, text that says 'PDRM'
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat booth pameran yang disediakan.

Image may contain: one or more people, text that says 'MILIK PDRM'
Situasi cemas pesawat MH 2612 bersama 54 tebusan dirampas oleh pengganas.

Image may contain: one or more people, text that says 'DRM UTK'
Pasukan penggempur dari UTK bertindak menyerbu pesawat MH 2612 dan menyelamatkan tebusan.

Image may contain: one or more people
Pasukan penggempur dari UTK bertindak menyerbu pesawat MH 2612 dan menyelamatkan tebusan.

Image may contain: 4 people, people standing
Sesi penyampaian cenderahati.
ArticlePublished 05 Aug 2020 8.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM