Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Esscom Tahan Lelaki Filipina Cuba Seludup Keluar Minyak Petrol

Diterbitkan: 13 Jan 2017 1.24 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lahad Datu, 13 Januari 2017 - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan seorang lelaki warga Filipina selepas cuba menyeludup keluar 25 jerigen disyaki berisi petrol di perairan Pulau Omadal di Semporna pada Rabu malam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-tahan-lelaki-filipina-cuba-seludup-keluar-minyak-petrol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:29 MYT

Lahad Datu, 13 Januari 2017 - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan seorang lelaki warga Filipina selepas cuba menyeludup keluar 25 jerigen disyaki berisi petrol di perairan Pulau Omadal di Semporna pada Rabu malam.

Komandernya, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berumur 55 tahun yang berasal dari Kepulauan Tawi-Tawi itu ditahan Pasukan Polis Marin Semporna ketika membuat rondaan di perairan itu kira-kira pukul 7.40 malam.

“PPM yang terserempak dengan bot pam mencurigakan telah menahan dan memeriksa bot berkenaan, didapati suspek membawa 16 jerigen mengandungi 480 liter (bahan api) bersama sembilan jerigen lagi mengandungi 225 liter (bahan api) disyaki bagi tujuan menyeludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek dan hasil rampasan termasuk sebuah perahu telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya.

Wan Bari berkata, orang ramai yang meyaksikan sebarang aktiviti mencurigakan dan melanggar undang-undang negara dinasihati agar melaporkan kepada Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 untuk tindakan lanjut.-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2017 1.24 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM