Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Esscom Tahan 20 Individu Tiada Dokumen Pengenalan Diri

Published: 18 Jun 2014 6.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kota Kinabalu, 29 Dis - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam melancarkan Ops GASAK 2 di Pulau Kalapuan, perairan Semporna yang menyaksikan 20 individu termasuk enam wanita dan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-tahan-20-individu-tiada-dokumen-pengenalan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:14 MYT

Kota Kinabalu, 29 Dis - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam melancarkan Ops GASAK 2 di Pulau Kalapuan, perairan Semporna yang menyaksikan 20 individu termasuk enam wanita dan lima kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 50 tahun ditahan pada operasi yang bermula seawal pukul 3.30 pagi berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai sembilan lelaki dewasa, enam wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pun pengenalan diri yang sah dan telah ditahan pemeriksaan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen.

"Pulau Kalapuan didiami penduduk seramai 665 orang, termasuk 149 lelaki, 235 wanita, 135 orang kanak-kanak lelaki dan 126 orang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata Ops GASAK 2 merupakan susulan kepada Ops GASAK 1 yang dilancarkan pada 24 Nov lepas melibatkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai.

Beliau berkata OP GASAK 2 antara lain bertujuan untuk pencegahan dan pembersihan kawasan dari penceroboh dan penjenayah termasuk aktiviti dadah dengan modus operandi tertumpu kepada pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Mohammad berkata sebanyak 90 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan diteruskan di kawasan pulau yang mempunyai penempatan dan kawasan penempatan lain (selain dari Pulau).

Sehubungan itu, Mohammad memohon kerjasama penduduk di kawasan terbabit supaya melaporkan kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau mereka yang dalam keadaan meragukan.

Mohammad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memberi perlindungan kepada PATI khususnya yang menyewakan rumah kepada mereka.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM