Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Esscom Perkenal Rcp Banteras Jenayah Rentas Sempadan

Published: 01 May 2018 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
ESSCOM : PERKENAL RCP, BANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN Walaupun tiada kes membabitkan penculikan atau rompakan direkodkan di perairan ini tahun lalu namun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tetap berhati-hati terhadap sebarang tanda-tanda pencerobohan. Rondaan bersama di sempadan dan perkongsian maklumat perisikan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina turut membantu dalam memerangi ancaman kesela
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-perkenal-rcp-banteras-jenayah-rentas-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:49 MYT

ESSCOM : PERKENAL RCP, BANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Walaupun tiada kes membabitkan penculikan atau rompakan direkodkan di perairan ini tahun lalu namun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tetap berhati-hati terhadap sebarang tanda-tanda pencerobohan.

Rondaan bersama di sempadan dan perkongsian maklumat perisikan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina turut membantu dalam memerangi ancaman keselamatan daripada unsur jenayah.

ESSCOM juga meletakkan strategi utama memerangi penjenayah merentas sempadan termasuk memperkenalkan pelaksanaan Road Check Point (RCP) di darat dan laut.

Pemeriksaan jalan darat akan dijalankan sepanjang dua laluan utama yang menghubungEsscom Perkenal Rcp Banteras Jenayah Rentas Sempadankan Timur dan Barat Sabah iaitu di Telupid dan Kalabakan.

Manakala tumpuan utama pemeriksaan laut pula dijalankan dengan melakukan pemeriksan terhadap semua kapal yang memasuki negara ini bagi membendung sebarang aktiviti penyeludupan senjata atau unsur jenayah lain.

Pangkalan operasi baru berhampiran sempadan juga akan ditubuhkan bagi memperkuat barisan pertahanan pertama berdepan ancaman kedaulatan negara.

Sumber : Berita Harian

ArticlePublished 01 May 2018 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM