Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Esscom Dan Masyarakat Kudat Ikrar Pertahan Perairan Timur Sabah

Published: 10 Dec 2017 2.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kudat, 10 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Esplanade Kudat, Sabah, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-dan-masyarakat-kudat-ikrar-pertahan-perairan-timur-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:17 MYT
ESSCOM DAN MASYARAKAT KUDAT IKRAR PERTAHAN PERAIRAN TIMUR SABAH

Kudat, 10 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Esplanade Kudat, Sabah, dekat sini, semalam.

Program Semarak Rakyat ini merupakan fasa kedua selepas fasa pertama dijalankan di Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak pada Oktober dan November lalu. Komander ESSCOM, DCP Dato Hazani Ghazali dalam ucapannya menjelaskan, kerjasama PDRM-ATM melalui National Blue Ocean Strategy atau NBOS terbukti berkesan dalam menangani serta memenuhi kehendak masyarakat terutamanya dalam isu kedaulatan negara khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Selaras dengan pelan strategik ESSCOM, kerjasama antara agensi berkaitan terus menjadi tunjang utama bagi memantapkan struktur kawal selia keselamatan di persempadanan secara bersepadu demi kesejahteraan masyarakat,” tambah beliau lagi.

Selain daripada pameran aset dan perkhidmatan, pengunjung berpeluang menyaksikan gimik pelancaran daripada ESSCOM, demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh Strike Team IPD Kudat dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pelbagai aktiviti berunsur kemasyarakatan.

Turut hadir pada program tersebut adalah Menteri Tugas-Tugas Merangkap Adun Tanjong Kapor, Datuk Seri Panglima Teong Chee Kang, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Komander ESSCOM, Dato' Hazani Ghazali, Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Douglas Ngeyeng Taong, Pegawai Daerah Kudat, Encik Sapdin Ibrahim, warga PDRM, ATM, APMM, rakan-rakan agensi lain serta pengamal media. Polis Sabah Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat Eastern Sabah Security Command -Esscom

Gambar sekitar Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Esplanade Kudat, Sabah
0S7A52010S7A52390S7A52700S7A52870S7A52320S7A53020S7A5317IMG_8587_MG_3051
ArticlePublished 10 Dec 2017 2.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM