Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Eramin 5 Bernilai Rm29 Juta Dirampas

Published: 06 May 2015 5.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 6 Mei - Sidang media khas kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bermula Januari hingga April tahun ini telah diadakan di sini, pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/eramin-5-bernilai-rm29-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:42 MYT
Bukit Aman, 6 Mei - Sidang media khas kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bermula Januari hingga April tahun ini telah diadakan di sini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, nilai rampasan keseluruhan pelbagai jenis dadah bermula Januari hingga April tahun ini adalah RM50.04 juta.

"JSJN Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama Criminal Investigation Bureau, Taiwan National Police Agency telah melancarkan dua serbuan berasingan di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 30 April lalu", kata beliau.

"Dalam operasi antara jam 10.50 malam hingga 11.10 malam itu, pihak kami berjaya memberkas enam suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan tiga warga asing", jelas beliau.

Turut dirampas 1.4 juta biji pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM29 juta.

_MG_1508 copy
Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika menunjukkan hasil rampasan.

_MG_1506 copy
Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika menunjukkan hasil rampasan.

_MG_1531 copy
Pegawai Penyiasat ketika menunjukkan cara pil eramin 5 disembunyikan.

ArticlePublished 06 May 2015 5.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM