Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Suspek Termasuk Dua Perancang Utama Rusuhan Bola Sepak Ditahan

Published: 11 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dua perancang utama yang ditahan itu dikenali sebagai 'Lekir' atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, 36, dan 'Rambo' atau Alfadli Awaludin, 33, kedua-duanya daripada kumpulan penyokong Ultras Malaya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-suspek-termasuk-dua-perancang-utama-rusuhan-bola-sepak-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Shah Alam, 11 Sept- Enam suspek termasuk dua perancang utama insiden rusuhan bola sepak semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa lepas, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dua perancang utama yang ditahan itu dikenali sebagai 'Lekir' atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, 36, dan 'Rambo' atau Alfadli Awaludin, 33, kedua-duanya daripada kumpulan penyokong Ultras Malaya.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit ditahan di beberapa lokasi berasingan iaitu di Kuala Lumpur, Labu, Negeri Sembilan dan Seksyen 9 di sini.

"Tangkapan semua suspek dilakukan oleh pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat. Lekir ditahan di Labu, Rambo di Seksyen 9 sementara yang lain di sekitar Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tindakan penyokong membaling suar dan bom asap ke padang mengakibatkan perlawanan tersebut dihentikan pada minit ke-88 ketika pelawat sedang mendahului 2-1.

Shafien berkata turut dirampas ialah beberapa barangan seperti topi dan baju-T Ultras Malaya.

Menurutnya, kesemua enam suspek berusia 20 dan 35 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

Beliau berkata pihaknya masih memburu baki lapan suspek termasuk dua pemimpin Ultras Selangor dikenali sebagai 'Tok Anjang' dan 'Shap' yang disyaki turut menjadi perancang utama insiden itu.

Sementara itu, Shafien berkata 11 suspek yang sebelum ini direman tiga hari telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan mereka yang berakhir hari ini dilanjutkan.

"Kesemua mereka termasuk lima penuntut universiti awam dan swasta telah dibebaskan selepas keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 11 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM