Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Suspek Ditahan Selamatkan Tiga Mangsa Culik Di Klang

Published: 19 Jun 2014 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Klang, 18 Mac - Polis menahan enam suspek dalam tiga tangkapan berasingan dan membebaskan tiga warga asing dipercayai mangsa culik yang ditemui di sebuah hotel di sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-suspek-ditahan-selamatkan-tiga-mangsa-culik-di-klang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:21 MYT

Klang, 18 Mac - Polis menahan enam suspek dalam tiga tangkapan berasingan dan membebaskan tiga warga asing dipercayai mangsa culik yang ditemui di sebuah hotel di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata enam suspek berumur antara 21 hingga 37 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Beliau berkata bertindak atas maklumat dua lelaki warga tempatan ditahan di Klang Perdana dan suspek wanita itu ditahan di Jalan Taiping di sini pukul 5 petang semalam.

Susulan tangkapan itu, pihaknya kemudian melakukan serbuan ke sebuah hotel di sini dan menahan tiga lagi lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh pada hari yang sama, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata turut ditemui dalam hotel bersama suspek adalah tiga lelaki mangsa culik iaitu dua warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup rapat.

Seorang daripada mangsa adalah pekerja Pasar Borong Jalan Meru di sini sementara kedua-kedua lelaki adalah pelanggan yang dilarikan dari pasar borong itu pada pukul 4 pagi Ahad lepas oleh suspek-suspek yang mengenalkan diri mereka sebagai polis, katanya.

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM