Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Sekawan Dicekup Samun Kedai Makan

Published: 17 Jun 2014 7.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Hasrat sekumpulan penjenayah untuk menikmati hasil samun tidak kesampaian apabila mereka diberkas lima jam selepas melakukan jenayah itu di Kampung Kiau, Jalan Kota Belud-Telupid baru-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-sekawan-dicekup-samun-kedai-makan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:44 MYT

Hasrat sekumpulan penjenayah untuk menikmati hasil samun tidak kesampaian apabila mereka diberkas lima jam selepas melakukan jenayah itu di Kampung Kiau, Jalan Kota Belud-Telupid baru-baru ini.

Enam suspek termasuk seorang wanita yang berusia 25 hingga 45 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 petang di sebuah rumah tidak bernombor di sini selepas polis menemui sebuah kenderaan yang dipercayai dinaiki suspek dan ditinggalkan di tepi jalan. 

Sebelum ditahan, kumpulan suspek itu yang bersenjata parang masuk ke dalam sebuah kedai makan dan menyamun tiga mangsa termasuk pemilik premis pada pukul 11.30 pagi. Suspek turut melarikan tiga buah telefon bimbit, seutas rantas emas, kamera digital dan wang RM100 sebelum beredar dengan sebuah kereta Proton Saga.

Enam Sekawan Dicekup Samun Kedai Makan

Sumber : Akhbar Kosmo
ArticlePublished 17 Jun 2014 7.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM