Empat Lelaki Ditahan Terlibat Kes Samun Dan Curi Kereta
Petaling
Jaya, 11 Julai - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat
dalam kes samun dan mencuri 12 buah kereta bernilai kira-kira RM240,000
di sekitar Lembah Klang.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus berkata kesemua
suspek yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu ditahan secara berasingan
pada 26 Jun dan pagi semalam.
"Dua
suspek ditahan di Kota Damansara dalam sebuah kereta Proton Satria GTI
pada 26 Jun lepas. Penangkapan mereka membawa kepada penemuan sembilan
buah kereta di sekitar daerah ini," katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis
Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.
Beliau
berkata kereta yang dirampas daripada mereka ialah tiga Perodua Kancil,
tiga Proton Wira, sebuah Nissan Almera, sebuah Nissan Cefiro dan sebuah
Proton Satria GTI.
Dua
lagi rakan mereka ditahan kira-kira 9.30 pagi semalam di belakang
sebuah bangunan di Jalan Masjid, Damansara sebelum polis menemui dua
lagi kereta iaitu jenis Proton Perdana dan Satria, katanya.
Fadil
berkata dua suspek yang ditahan semalam direman sehingga Ahad ini di
IPD Petaling Jaya dan polis percaya dua lagi rakan mereka terlibat dalam
kegiatan itu.
Kesemua
suspek dipercayai terlibat dalam kes itu sejak awal tahun ini dan ujian
air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah, katanya.
Sumber : BERNAMA