Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Enam Juruterbang Helikopter Pgu Wanita Pertama Terima Pentauliahan Ppl

Diterbitkan: 10 Dec 2025 12.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 10 Disember 2025 – Sejarah baharu tercipta hari ini apabila enam pegawai wanita berjaya menamatkan Kursus Private Pilot Licence (PPL) Bilangan 20 Siri 1/2023 (Helikopter) dan ditauliahkan sebagai juruterbang wanita pertama Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut ditauliahkan ialah tiga pegawai lelaki yang mengikuti kursus sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-juruterbang-helikopter-pgu-wanita-pertama-terima-pentauliahan-ppl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT

Ipoh, 10 Disember 2025 – Sejarah baharu tercipta hari ini apabila enam pegawai wanita berjaya menamatkan Kursus Private Pilot Licence (PPL) Bilangan 20 Siri 1/2023 (Helikopter) dan ditauliahkan sebagai juruterbang wanita pertama Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut ditauliahkan ialah tiga pegawai lelaki yang mengikuti kursus sama.

Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Pangkalan Latihan Udara PGU, pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, CP Dato’ Fisol Salleh, sebelum beliau dibawa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama, melibatkan tiga pegawai dan 102 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5 Ipoh yang diketuai DSP Mohd Farid Mohd Anuar.

Berucap dalam majlis penutup, Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua juruterbang baharu atas kejayaan menamatkan pelbagai fasa latihan yang mencabar.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh penyertaan wanita dalam bidang penerbangan taktikal.

“Selari dengan dasar inklusif Kerajaan, PGU mula membuka peluang kepada Pegawai Kanan Polis Wanita sejak tahun 2021. Hari ini, PDRM kini mempunyai sembilan juruterbang wanita, termasuk enam yang diraikan dalam majlis ini,” jelas beliau.

Kursus yang bermula pada 6 November 2023 ini menuntut ketahanan fizikal, kemahiran teknikal serta disiplin tinggi. Para peserta telah mengikuti modul penting seperti latihan kecemasan, navigasi, komunikasi udara dan pengendalian misi operasi udara yang merupakan komponen kritikal dalam memastikan kesiapsiagaan PGU dalam menjaga keselamatan negara.

Majlis turut menyaksikan Pemakaian Beret dan Lencana Sayap Kehormat PGU kepada Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid yang disempurnakan oleh Komander PGU, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian sijil kepada tiga peserta yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang kursus iaitu Insp Nur Izzati Bohari (Anugerah Akademik Terbaik), Insp Mohammad Azim Fiqri Jamaludin (Anugerah Penerbangan Terbaik) dan Insp Muhammad Muzzamer Mohd Rasid, (Anugerah Keseluruhan Terbaik).

Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang kini bergelar Juruterbang Helikopter PGU. Kejayaan ini diharap terus menjadi inspirasi kepada warga PDRM dalam memperkukuh kecemerlangan pasukan demi keselamatan rakyat dan negara.

Turut hadir, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Noor Hisam Nordin, barisan timbalan pengarah, para komander, Pengarah Urusan Kumpulan Gading Air Services Sdn. Bhd. Puan Siti Amira Nur Shafieqah Dato’ Sri Johari serta wakil agensi kerajaan dan swasta.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan & Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of helicopter and text that says '@HAK MILIK PDRM POLIS'

May be an image of dais and text


ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2025 12.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM