Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Ditahan Dadah Bernilai Rm54 800 Dirampas Di Maran

Published: 14 Mar 2017 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan enam lelaki dan merampas dadah bernilai RM54,800 dalam dua serbuan di sini minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-ditahan-dadah-bernilai-rm54-800-dirampas-di-maran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:04 MYT

Maran, 14 Mac - Polis menahan enam lelaki dan merampas dadah bernilai RM54,800 dalam dua serbuan di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mazlan Hassan berkata menerusi serbuan pertama pada 11.15 malam Rabu lepas, seorang lelaki berumur 25 tahun yang bekerja sebagai jurulektrik ditahan di dalam sebuah kereta di Plaza Tol Chenor.

"Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, pihak polis telah berjaya
merampas heroin seberat 1816.1 gram, syabu dengan berat 100.73 gram dan Erimin 5 seberat 27.82 gram yang keseluruhannya bernilai RM45,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pula pada 5.30 pagi Sabtu lalu, polis menahan lima lelaki yang bekerja sebagai buruh ladang dan menganggur berumur antara 19 hingga 42 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Sungai Jerik.

"Di situ polis merampas syabu seberat 57.75 gram, heroin seberat 44.93 gram, ganja seberat 2.94 gram dan Erimin 5 seberat 5 gram yang keseluruhan bernilai RM9,800," katanya.

Mazlan berkata keenam-enam suspek disyaki baru pertama kali terbabit dengan pengedaran dadah dan mereka sedang direman.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Mar 2017 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM