Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Wanita Tukang Urut Warga Asing Ditahan Di George Town

Diterbitkan: 10 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah premis di Jalan Sri Bahari, di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-wanita-tukang-urut-warga-asing-ditahan-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT

George Town, 10 Okt - Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah premis di Jalan Sri Bahari, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata tiga wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia 24 hingga 44 tahun termasuk seorang wanita tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai majikan ditahan dalam Op Noda kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati empat wanita, yang tidak mempunyai permit kerja itu bekerja sebagai tukang urut di premis itu, manakala majikan terbabit ditahan kerana menggaji dan melindungi wanita warga asing berkenaan," katanya di sini,
hari ini.

Katanya dalam operasi itu, polis turut merampas sehelai kertas putih yang mencatat nama dan angka-angka disyaki borang pendaftaraan kerja harian pekerja di pusat urut berkenaan.

"Selain itu, polis juga merampas 10 helai resit pembayaran perkhidmatan urut, wang tunai sebanyak RM250 dan peralatan serta barangan yang digunakan untuk mengurut antaranya minyak urut, shampu rambut dan tuala," katanya.

Mior Faridalatrash berkata pusat urut itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas dan kes itu disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresn 1963 dan Seksyen 24 Undang-undang kesalahan kecil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM