Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Treler Dirampas

Diterbitkan: 08 May 2015 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan enam lelaki dan merampas empat treler dipenuhi barang yang hendak dilupus milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas dikesan membawa keluar barangan berkenaan melebihi jumlah dibenarkan di Jalan Kota Bharu-Kuala Lumpur, Raub, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-treler-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:16 MYT


Polis menahan enam lelaki dan merampas empat treler dipenuhi barang yang hendak dilupus milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas dikesan membawa keluar barangan berkenaan melebihi jumlah dibenarkan di Jalan Kota Bharu-Kuala Lumpur, Raub, semalam.

Semua suspek berusia antara 37 hingga 55 tahun itu ditahan selepas polis memintas laluan mereka untuk melakukan pemeriksaan terhadap muatan kenderaan berat berkenaan jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Raub Pemangku Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sebelum ini melakukan intipan di stor terbuka Wilayah Timur, Jalan Pekeliling, Raub, jam 12 tengah hari dan mendapati empat treler berkenaan mengangkut barangan berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum dua daripadanya bergerak keluar.

Sumber : Harian Metro

Empat Treler Dirampas
ArtikelDiterbitkan 08 May 2015 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM